SENYUMAN MU
Sahabat..terlintas dalam fikiranku, terkesan dalam hatiku setiap ucapan indah yang terbit suci dari benak fikiran kalian berdua. Kata-kata yang dilafazkan, kata-kata yang menguatkan hatiku. Allah membuka hatiku untuk menerima insan yang lebih layak disanjung dan dihargai. Mereka membuka segenap perasaan rindu yang selama ini hampir tenggelam untuk seorang sahabat. Diluar hati ku, aku hanya melihat mereka seperti insan biasa kerana aku tidak mahu meletakkan harapan dalam setiap hati mereka tapi jauh di sudut hatiku, aku ingin mengenali insan sehebat mereka. Aku ingin menyusuri setiap langkah mereka. Aku ingin mengikuti setiap perkembangan mereka. Sahabat, terima kasih untuk ruang masa sesingkat ini yang korang kirimkan pada aku. Akan ku kekalkan nama kalian dalam hatiku.

No comments:
Post a Comment