Monday, 1 January 2018


SENYUMAN MU
Sahabat..terlintas dalam fikiranku, terkesan dalam hatiku setiap ucapan indah yang terbit suci dari benak fikiran kalian berdua.  Kata-kata yang dilafazkan, kata-kata yang menguatkan hatiku. Allah membuka hatiku untuk menerima insan yang lebih layak disanjung dan dihargai. Mereka membuka segenap perasaan rindu yang selama ini hampir tenggelam untuk seorang sahabat. Diluar hati ku, aku hanya melihat mereka seperti insan biasa kerana aku tidak mahu meletakkan harapan dalam setiap hati mereka tapi jauh di sudut hatiku, aku ingin mengenali insan sehebat mereka. Aku ingin menyusuri setiap langkah mereka. Aku ingin mengikuti setiap perkembangan mereka. Sahabat, terima kasih untuk ruang masa sesingkat ini yang korang kirimkan pada aku. Akan ku kekalkan nama kalian dalam hatiku.

Saturday, 23 December 2017


Normaisarah
Sahabat kepada anis atina
Mereka berdua roomate sekali
Kisah yang hampir sama dengan anis atina
Diluar merekalah kekuatan dan cahaya yang menerangi kehidupan orang lain
Tapi dalam hati mereka tersimpan satu kisah yang menyayat hati setiap yang mendengar.
Kekuatan yang Allah berikan kepada mereka sangat luar biasa, dan seolah2 aku merasakan tidak mampu untuk menjadi seperti mereka. Sahabat memberikan satu keperluan dalam diri masing2.
Kehidupan ini tidaklah seindah yang kita bayangkan, tetapi tidaklah seburuk yang kita fikirkan.

Kalian adalah anugerah Allah yang dihadirkan dalam pelusuk hatiku untuk melihat bertapa kuatnya hati seseorang menghadapi dugaannya dengan penuh senyuman. Apa yang aku lalui selama ini tidaklah sehebat yang mereka telah lalui. ye setiap manusia diuji dengan pelbagai bentuk ujian..Tapi persoalan dalam diriku.

Kuatkah aku untuk melayari semua ini sedangkan terlalu kecil ujian yang Allah kirim kan untuk aku berbanding mereka.

Anis Atina
Salam atina,
Mula2 aku kenal kau time latihan futsal sekali.
Sikap kau yang sentiasa menghiburkan orang lain sangat2 lah memberi kebahagiaan untuk orang lain.
Idea kau xpernah kering untuk menghasilkan satu lawak yang sangat memberi kesan kepada org lain.
Jujur, perkenalan dengan kau sangat menggembirakan hatiku.
Xpernah rasa stress bila duduk sekali dengan kau.

Tapi...

Disebalik gelak tawa kau, senyuman yang kau berikan untuk orang lain ada 1 perkara yang sangat menikam jiwa ku tentang kisah kehidupan yang kau lalui. Sakitttt tapi kau sangat kuatt. Pernah dia memberitahu aku, kekuatannya adalah "emak" nya sendiri. Perkara yang berlaku kepada emaknya sangat memberi satu motivasi untuk aku terus kuat dalam hadapi kehidupan. Jangan ingat semua senyuman dan gelak tawa itu bermakna dia lah orang yang paling bahagia, tapi disebaliknya menyimpan satu kehidupan yang sangat menguatkan.

Terkadang senyuman adalah
air mata yang tak terlihat
dan air mata adalah kekuatan 
terakhir yang kita miliki.

My Flexible
Kisah perkenalan yang amat panjang sewaktu berada di UUM. Insan yang begitu lama bertahan dengan saya dari dia sem 1 hingga lah sekarang sem 5. Panggilan "akk flexible" untuk diriku sangat memberi kesan dalam hatiku. Dalam beribu insan yang aku kenal, hanya dia yang dapat melihat situasi aku tatkala menghadapi masalah. Walaupon dia tahu aku menghadapi masalah, tp dia juga tahu bahawa aku mampu untuk menjalani setiap ujian itu. 

Bagi aku, dia terlalu istimewa..tapi sering kali aku sakiti hatinya dalam diam. Aku tahu dia hanya mendiamkan sahaja apa yang pernah aku lakukan hanya kerana kasih nya kepada aku. Farah Suhaila, kaulah adikku yang sangat bnyk berjasa kepada diriku. Maaf xmampu menjadi kakak terbaik paah.
Semoga prsabahatan ini akan kekal menjadi satu tugu dalam hati masing2.

Friday, 22 December 2017


semangat positif

Perkenalan yang tanpa diduga melahirkan satu perasaan yang positif antara kami.
Aku percaya dengan setiap takdir yang Allah takdirkan untukku.
Melepaskan seseorang yang membawa seribu kenangan bukanlah satu perkara yang mudah, tetapi menerima kehadiran insan baru telah membuka pintu keiklasan dalam hati.
Pengalaman hidup mereka banyak memberi motivasi untukku. Setip gelak tawa mereka tersimpan sejuta perasaan pahit yang telah mereka tempuhi. Keikhlasan hati mereka membuka pintu hatiku untuk berubah dan melihat setiap kesakitan itu past indah jika kita yakin pada yang satu. 

Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir-pasir di pantai tapi
Teman yang satu adalah mutiara di antara pasir-pasir itu.